KUALA LUMPUR, 16 Disember 2020 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menghadiri Majlis Pelancaran Penubuhan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di Auditorium Binary BSEP, hari ini.
Penubuhan BSEP merupakan komitmen ATM kepada kesediaan dan kesiagaan dalam mendepani cabaran serta ancaman siber berbentuk defensif dan ofensif. BSEP juga bertindak sebagai leading agency di peringkat ATM dan Kementerian Pertahanan, dalam mengkoordinasikan semua perkara berkaitan domain siber dan elektro-magnetik. Dengan ini, aspek perintah dan kawalan (command and control) BSEP akan dilihat lebih tersusun, terkawal dan berjalan dengan lebih lancar.
Akibat peningkatan cabaran persekitaran operasi yang boleh dipengaruhi dan boleh disalah guna melalui kemajuan teknologi komunikasi maya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dipertanggungjawab “tall orders” untuk menyediakan kekuatan pertahanan yang relevan seiring dengan ancaman semasa yang semakin kompleks.
Turut menghadiri majlis Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany; Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta pegawai-pegawai kanan ATM yang lain.