![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2025 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan isteri, Datin Sri Hjh Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor serta 400 warga TUDM telah menghadiri acara NAVY RUN 25 sempena KL Car Free Morning yang diadakan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Penyertaan warga TUDM dalam acara ini merupakan tanda sokongan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam usaha memperkukuhkan hubungan strategik antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat awam. Selain itu, penglibatan warga TUDM ini juga adalah sebahagian untuk membudayakan gaya hidup sihat sepertimana tonggak keenam Perintah Ulung Panglima Tentera Udara iaitu Melestarikan Warga Udara. Seramai lebih 11,000 peserta yang terdiri daripada warga ATM, veteran serta komuniti awam sekitar ibu negara telah menyertai larian tersebut.
Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti senamrobik, persembahan Pancaragam Pusat TLDM dan cabutan bertuah . Tahniah diucapkan kepada TLDM di atas kejayaan penganjuran program pada hari ini yang mana bukan sahaja mendapat sambutan yang memberangsangkan, malah telah memberi impak positif kepada ATM secara keseluruhannya.