PANGLIMA TENTERA UDARA DAN ISTERI HADIR KE MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL SEMPENA PENGHARGAAN KEPADA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE–21 DAN PENGERUSI JEMAAH TERTINGGI BAKAT ATM KE–16

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

KUALA LUMPUR, 9 Sep 23 - Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM bersama isteri, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan telah hadir ke Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Penghargaan kepada Panglima Angkatan Tentera ke-21, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Bin Buang TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini Binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang juga mantan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM KE-16. Majlis yang penuh bersejarah ini telah dikoordinasikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Ketibaan Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan isteri di perkarangan Wisma Perwira ATM telah disambut oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan isteri, Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi serta diiringi bersama oleh Panglima-panglima Perkhidmatan dan isteri masing-masing.
Panglima Angkatan Tentera Ke-21 dan isteri kemudiannya telah dibawa melawat ke galeri yang memaparkan nostalgia beliau dari awal berkhidmat sebagai Pegawai TUDM dan mengakhiri karier sebagai Panglima Angkatan Tentera.

Majlis Makan Malam Rejimental ini telah dihadiri oleh para pegawai dari ketiga-tiga perkhidmatan. Turut diarak masuk dalam majlis ini adalah tiga(3) Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada panji-panji Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Panglima Angkatan Tentera ke-21 di dalam ucapannya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan jawatankuasa penganjur serta warga ATM yang hadir meraikan beliau dan isteri. Beliau dan isteri turut mendoakan agar ATM akan terus maju jaya dibawah kepimpinan Panglima Angkatan Tentera Ke-22.