PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA HADIRI CYBER DSA & SIBER SIAGA 2023

3 6 7
12 15 18
31 33 39
45 47 50

 

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 23 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM telah menghadiri Cyber DSA dan Siber Siaga 2023 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Acara yang berlangsung bermula semalam dan akan berakhir 17 Ogos ini telah dihadiri oleh pelbagai tokoh terkemuka dalam industri keselamatan siber.

Program hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Hj Adly Zahari juga dibuka kepada masyarakat awam dan menarik perhatian 70 syarikat untuk bersama mengambil bahagian di samping 1100 orang ahli-ahli profesional, 18 universiti tempatan, agensi-agensi kerajaan dan warga ATM sendiri. Selain daripada wadah perbincangan secara ilmiah, terdapat beberapa aktiviti lain merangkumi pameran produk-produk keselamatan siber, produk integrasi pertahanan serta teknologi-teknologi baharu yang bukan sahaja untuk kegunaan dalam negara, malah boleh digunakan dengan serasi (compatible) oleh komuniti global amnya.

Turut hadir sama ke program ini ialah Panglima Angkatan Tentera , Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Ketua Pengarah Siber, Elektromagnetik Laksamana Muda Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin serta pegawai-pegawai kanan ATM.