MESYUARAT BILATERAL 10TH RMAF – IAF AIR STAFF TALKS (AST) FOKUSKAN INISIATIF PROGRAM KERJASAMA PERTAHANAN DUA ANGKATAN UDARA

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUALA LUMPUR, 17 Mac 23 – Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM dan Air Vice Marshal Rajiv Kumar Obheroi AVSM, Assistant Chief of The Air Staff (Intelligence) telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Bilateral 10th RMAF – IAF Air Staff Talks di antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Indian Air Force (10th RMAF – IAF AST) pada 16 Mac 23 di Wisma Transit, Kuala Lumpur.

Markas Tentera Udara - Bahagian Operasi dan Strategi (MTU-BOS) telah bertindak selaku sekretariat mesyuarat ke 10 kali ini yang diadakan secara penggiliran. Delegasi IAF yang hadir terdiri daripada Penasihat Pertahanan Negara India dan wakil Tentera Udara Negara India. Manakala, delegasi TUDM terdiri dari MTU-BOS, MTU-Perancangan & Pembangunan, MTU-Perisikan Udara, MTU-Latih, MTU-Kejuruteraan, wakil dari Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) dan Directorate General Technical Airworthiness (DGTA).

Objektif mesyuarat yang dilaksanakan secara bersemuka pada kali ini adalah untuk merancang dan mengkoordinasikan inisiatif masa hadapan bagi memastikan program kerjasama pertahanan antara TUDM dan IAF berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Ia juga merupakan platform bagi membentuk jalinan kerjasama dan hubungan yang erat serta profesional di antara TUDM dan IAF.

Mesyuarat ini merupakan medium untuk pertukaran maklumat dan pandangan berkaitan pelan pembangunan keupayaan angkatan udara serta "best practice" di dalam merencana pembangunan masa hadapan untuk kedua-dua angkatan udara. Di samping itu, delegasi TUDM dan IAF telah berjaya merencanakan program "Security Confidence Building Measure" meliputi perancangan operasi dan eksesais, latihan, pertukaran pegawai/anggota serta program lawatan oleh pucuk pimpinan kedua-dua pihak.

Di akhir sesi mesyuarat, kedua-dua pengerusi bersama menyatakan harapan agar hubungan baik di antara kedua angkatan udara kekal berterusan demi kebaikan bersama serta saling membantu daam memperkukuh keamanan serantau. Kedua-dua sekretariat juga diharapkan dapat terus memberikan komitmen yang tinggi di dalam melaksanakan program yang telah direncanakan bagi memperkasakan modal insan dan mempertingkatkan kesiagaan angkatan.