Kuala Lumpur, 24 Feb 22-Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima peruntukan Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) berjumlah RM828,437.04. Sumber-sumber peruntukan ini terdiri daripada kutipan yuran ahli tahun 2021, sumbangan asas dan geran sepadan tahun 2022 dari kerajaan serta peruntukan tambahan tahun 2022 dari Sekretariat KSSKA. Peruntukan Ini akan diagihkan kepada 21 buah markas, pangkalan, unit TUDM dan anggota TUDM yang terlibat dalam kontinjen MALBATT 850-9 serta turut digunakan untuk sumbangan pesakit kronik dan anak istimewa sempena Aidilfitri tahun 2022.
Di majlis secara ringkas di Eagle Nest Markas Tentera Udara, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menyempurnakan simbolik penyerahan “mock cheque” KSSKA kepada Panglima-panglima Markas Pemerintahan TUDM. Turut mengiringi Panglima Tentera Udara ialah Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM.
Mendahului penerima bagi Markas Tentera Udara ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, yang menerima mock cheque KSSKA berjumlah RM84,704.00. Seterusnya diikuti oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM, yang menerima mock cheque KSSKA Bagi Markas Pemerintahan Operasi Udara berjumlah RM25,804.00. Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato' Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, pula menerima mock cheque KSSKA bagi Markas Pemerintahan Bantuan Udara berjumlah RM19,936.00 dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM pula menerima mock cheque KSSKA bagi Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara berjumlah RM7,384.00.
#TenteraUdaraDirajaMalaysia
#SentiasaDiAngkasaRaya
#KSSKA