KUALA LUMPUR, 28 Feb 22- Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima Kunjungan Hormat daripada Commander of French Armed Forces in French Polynesia, Commanding General, Joint Forces Pacific, Rear Admiral Jean- Mathieu REY bertempat di Pejabat Timbalan Panglima Tentera Udara, Wisma Pertahanan bersempena lawatan kerja ke Malaysia.
Kunjungan hormat ini antara lain kedua-dua pemimpin turut berkongsi pandangan dan membincangkan kerjasama dua hala dalam bidang ketenteraan melibatkan latihan,kursus serta eksesais . Pada masa yang sama mengukuhkan hubungan bilateral di antara Malaysia dan France.