MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS AKS BAHAGIAN KOMUNIKASI DAN ELEKTRONIK

WhatsApp Image 2022 12 29 at 111146 WhatsApp Image 2022 12 29 at 111147 WhatsApp Image 2022 12 29 at 111147 1
WhatsApp Image 2022 12 29 at 111148 1 WhatsApp Image 2022 12 29 at 111143 WhatsApp Image 2022 12 29 at 111144

 

KUALA LUMPUR, 29 Dis 22 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Indera Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah hadir bagi menyaksikan serah terima tugas Asisten Ketua Staf Bahagian Komunikasi dan Elektronik (KOMLEK) di Eagle Nest, Markas Tentera Udara, hari ini.

Majlis bersejarah ini menyaksikan Kol Mohd Hakimi bin Mohd Anuar TUDM menyerahkan tugas sebagai AKS KOMLEK kepada Lt Kol Zamzuri bin Yahaya TUDM. Kol Mohd Hakimi bin Mohd Anuar TUDM telah menggalas tugas sebagai AKS Bahagian Komunikasi dan Elektronik (KOMLEK) bermula 18 MAC 2020 dan kini beliau akan bertukar keluar bagi menghadiri Kursus Ketahanan Nasional di Maktab Ketahanan Nasional, PUSPAHANAS.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kol Mohd Hakimi bin Mohd Anuar TUDM di atas segala jasa, sumbangan dan bakti yang dicurahkan sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai AKS Bahagian Komunikasi dan Elektronik (KOMLEK) dan khidmat serta budi sepanjang di dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Tahniah juga diucapkan kepada Lt Kol Zamzuri Bin Yahaya TUDM di atas penerimaan jawatan sebagai AKS Bahagian Komunikasi dan Elektronik (KOMLEK) yang baharu.