SENDAYAN, 2 November 2020 - Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM telah meluangkan masa mengadakan perjumpaan bersama warga bawah naungan MPPLU bersempena majlis perpisahan beliau. Beliau yang membuat jawatan terakhir sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara yang ke -15 akan mula bercuti dan seterusnya menamatkan perkhidmatan dari TUDM.
Dalam ucapan perpisahannya, beliau menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan di atas segala sokongan dan komitmen serta dedikasi yang tidak berbelah bahagi yang telah diberikan oleh warga MPPLU dalam memastikan pencapaian dan keberhasilan melalui KPI tahunan di tahap membanggakan. Beliau berharap agar warga MPPLU dapat meneruskan kecemerlangan dan memberikan kerjasama yang jitu kepada panglima seterusnya.
Di majlis yang sama, turut dilaksanakan majlis penyampaian cenderamata oleh Komandan dan Pegawai Memerintah pusat-pusat latihan sebagai tanda penghargaan malah Lt Jen Dato' Roshaimi bin Zakaria TUDM turut menyampaikan cenderamata balas sebagai tanda penghargaan beliau kepada semua.