SEMBAWANG, 10 Nov 23 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Search and Rescue Exercise Malaysia and Singapore 2023 (SAREX MALSING 2023). Majlis ini disempurnakan secara bersama oleh Republic of Singapore Air Force (RSAF) Chief of Air Force, Major General Kelvin Khong.
SAREX MALSING 23 ini secara rasminya melabuhkan tirai dengan perbarisan penutup yang berkekuatan seramai 33 orang anggota, terdiri daripada 2 kontijen merangkumi seramai 16 orang anggota perbarisan daripada TUDM dan 17 orang daripada RSAF. Perbarisan penutup ini telah diadakan di Sembawang Air Base.
Panglima Tentera Udara dalam ucapannya menyatakan, SAREX MALSING 23 adalah nadi kepada kerjasama dalam misi mencari dan menyelamat di antara Malaysia dan Singapura. Perhubungan akrab ini membuka jalan untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa dikala waktu kecemasan. Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada semua anggota yang terlibat dalam menjayakan eksesais kali ini terutamanya kepada pihak tuan rumah RSAF.