MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN JASAMU DIKENANG KEMENTERIAN PERTAHANAN TAHUN 2023

WhatsApp Image 2023 03 14 at 140710 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140710 1 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140711
WhatsApp Image 2023 03 14 at 140711 1 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140711 2 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140712
WhatsApp Image 2023 03 14 at 140712 1 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140713 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140713 1
WhatsApp Image 2023 03 14 at 140714 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140715 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140716

 

KUALA LUMPUR, 14 Mac 23 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara telah hadir ke Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Kementerian Pertahanan Tahun 2023, hari ini. Majlis yang diadakan di Intercontinental Hotel ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan.

Sebagai tanda menghargai sumbangan dan penghargaan kepada warga Kementerian Pertahanan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PTT) telah dianugerahkan kepada 874 warga awam, 9,198 warga ATM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan 133 orang pesara menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 10,205 orang.

WhatsApp Image 2023 03 14 at 140716 1 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140717 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140717 1
WhatsApp Image 2023 03 14 at 140718 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140718 1 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140719
WhatsApp Image 2023 03 14 at 140719 1 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140720 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140720 1

 

Pada majlis ini hanya disampaikan kepada 391 orang penerima APC dan Pingat PPT yang terdiri daripada penjawat awam di Wisma Pertahanan dan unit-unit Tentera, warga ATM serta Pesara Awam terpilih manakala selebihnya akan dilaksanakan oleh bahagian dan jabatan masing-masing.

Penerima APC akan menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi wang tunai yang bernilai RM 1,000.00 manakala bagi Pesara awam yang bersara wajib akan menerima Pingat PPT, Sijil Penghargaan serta hadiah wang tunai berjumlah RM 600.00 manakala Pesara Awam yang bersara pilihan akan menerima Sijil Penghargaan dan hadiah wang tunai bernilai RM 600.00.

WhatsApp Image 2023 03 14 at 140721 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140721 1 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140722
WhatsApp Image 2023 03 14 at 140727 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140729 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140731
WhatsApp Image 2023 03 14 at 140731 1 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140732 WhatsApp Image 2023 03 14 at 140732 1

 

Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Muez Abd Aziz serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.

#MenjanaKecemerlanganInsan
#WargaUdara