MAJLIS AMANAT PERDANA HARI KEBANGSAAN 2023

2 3 4
5 6 7
8 9 10
11 12 13

 

PUTRAJAYA, 30 Ogos 23 - Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM hari ini telah hadir ke Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan bersama Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

Kehadiran seramai 6,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat iaitu penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar sekolah, belia, komuniti, anggota beruniform termasuk para usahawan di peringkat Persekutuan dan Negeri dapat menzahirkan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam menyemarakkan lagi rasa kekitaan, kebersamaan dan memperkasakan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa serta agama.

Bertemakan "Malaysia MADANI”, iaitu “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan", menceriakan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Majlis yang diterajui oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah menzahirkan objektif utama iaitu rasa cinta kepada negara serta menyemarakkan penghayatan kemerdekaan dalam kalangan rakyat malaysia.

Dalam masa yang sama, turut diadakan Pameran Galeri Kemerdekaan oleh Arkib Negara Malaysia yang berkonsepkan kronologi kemerdekaan Tanah Melayu hingga pembentukan Malaysia yang menonjolkan suasana eksklusif dan interaktif melalui persembahan dan keunikan koleksi bahan arkib, artifak dan manuskrip berkaitan kemerdekaan. Selain itu, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) juga mengadakan pameran kenegaraan yang memaparkan garis masa detik-detik kemerdekaan, lambang kedaulatan dan patriotisme.