Subang, 14 Ogos 22 – Main Exercise Brief (MEB) Eksesais Pacific Angel 22-2 (PA 22-2) telah dilaksanakan di Auditorium Air Warfare Centre MPOU, hari ini. Taklimat dimulai dengan ucapan selamat datang oleh Lt Kol Shaharudin bin Mohd Said TUDM selaku Pengarah Eksesais TUDM dan PACAF diikuti dengan pemakaian ‘patch’ sebagai simbolik eksesais di antara TUDM yang diwakili oleh Lt Kol Shaharudin bin Mohd Said TUDM, Lt Kol Skye Nakayama dari Pacific Air Force (PACAF) dan Sqn Ldr Christopher Ambroz dari Royal Australia Air Force (RAAF). Eksesais kali ini dirancang melibatkan tiga belas (13) Subject Matter Expert Exchange yang dilaksanakan bermula pada 13 hingga 19 Ogos 22.
Turut hadir sebagai pemerhati dari luar negara iaitu Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Udara, Philippine Air Force dan Mongolian Air Force serta pemerhati dari Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
PA 22-2 merupakan medan terbaik untuk TUDM bagi meningkatkan keupayaan operasi bersama, saling khidmat ketiga-tiga buah negara dan kefahaman prosedur operasi gabungan ketenteraan serta dapat mempertingkatkan perkongsian pengalaman dan pengetahuan di antara para peserta.