LAWATAN KERJA RASMI PRESIDENT AIR UNIVERSITY REPUBLIC OF KOREA AIR FORCE KE MALAYSIA

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUALA LUMPUR, 3 Nov 23 – President of Air University ROKAF, Brig Jen Seong Bok Lee dan delegasi telah melaksanakan Lawatan Kerja Rasmi ke Malaysia bermula pada 30 Okt hingga 3 Nov 23.

Beberapa aktiviti kunjungan hormat serta lawatan ke institusi latihan TUDM telah diatur. Beliau turut diberi penghormatan mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kuarter dari PU Sendayan. Beliau kemudiannya dibawa ke Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) serta membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM. Beliau turut diberikan penerangan dan taklimat berkenaan pengurusan pentadbiran MPPLU oleh Kol Hamidi bin Hashim TUDM, Pengarah Latihan MPPLU.

Brig Jen Seong Bok Lee dan delegasi juga telah dibawa melawat Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP). Beliau turut diberikan penerangan dan taklimat oleh Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nasruddin bin Khalid TUDM serta melihat sendiri fasiliti yang disediakan di pusat latihan tersebut.

Sebelum itu Brig Jen Seong Bok Lee juga telah membuat kunjungan hormat ke atas Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Brig Jen Nazaruddin bin Haron TUDM di Wisma Perwira ATM. Beliau telah diberikan taklimat ringkas berkenaan organisasi TUDM oleh Lt Kol Halim bin Kasbin TUDM dari MTU-Bahagian Operasi dan Strategi serta taklimat berkaitan Pengurusan Sumber Manusia oleh Kol Hazmi bin Zainol TUDM, Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, MTU-Bahagian Sumber Manusia.

Mengakhiri rangka lawatan beliau ke Malaysia, Brig Jen Seong Bok Lee dan delegasi dibawa melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Kuala Lumpur.

Delegasi tiba di Malaysia pada 30 Okt 23 telah disambut oleh Pegawai Staf 1 Operasi, MTU-Sekretariat B, Lt Kol Murad bin Mahmud TUDM.