LAWATAN KERJA RASMI PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA KE SEKOLAH KULINARI DAN HOSPITALITI (SKH)

PHOTO 2022 08 02 21 42 26 PHOTO 2022 08 02 21 42 25 PHOTO 2022 08 02 21 42 26 1
PHOTO 2022 08 02 21 42 27 1 PHOTO 2022 08 02 21 42 28 PHOTO 2022 08 02 21 42 25 1

 

TANJUNG BUNGAH, 2 Ogos 22- Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Lt Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM telah melaksanakan lawatan kerja rasmi ke Sekolah Kulinari dan Hospitaliti (SKH) yang terletak di Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU). Lawatan tersebut turut disertai oleh Pengarah Latihan MPPLU, Kol Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM dan Pegawai Kanan dari MPPLU.

Dalam rangka lawatan ini, PPLU telah diberi taklimat mengenai fungsi dan peranan PHU yang telah disampaikan oleh Pegawai Memerintah PHU, Lt Kol Abd Rahim bin Ahmad TUDM. PPLU juga diberi taklimat mengenai latihan dan kursus yang dijalankan di SKH serta melawat kawasan persekitaran SKH oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM.

Sekolah Kulinari dan Hospitaliti (SKH) adalah bertanggungjawab dalam melatih bagi melahirkan anggota-angota dari ketukangan Chef Tentera yang berkebolehan serta didedahkan dengan teori dan teknik yang diperlukan di dalam perkhidmatan. Antara fokus utama yang diajarkan di sini terbahagi kepada empat (4) bahagian iaitu bahagian Chef,Pastri,Pramusaji dan "Housekeeping".

Sepanjang lawatan ini, PPLU telah melihat sendiri perjalanan kursus serta latihan yang dilaksanakan di SKH, permasalahan serta cabaran yang dihadapi. Beliau juga menyantuni warga PHU dan meluangkan masa beramah mesra bersama pegawai dan anggota kerana lawatan ini juga merupakan lawatan kali pertama sejak menjawat jawatan PPLU.