KUANTAN, 11 Ogos 22 - Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah membuat Lawatan Kerja Rasmi ke Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) di Pangkalan Udara Kuantan.
Ketibaan Panglima Operasi Udara dan delegasi telah disambut oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato' Mahadzer bin Amin TUDM dan Pemangku Komander Pangkalan Udara Kuantan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM. Aktiviti lawatan Panglima Operasi Udara dimulakan dengan menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kuarter yang didirikan oleh anggota Pangkalan Udara Kuantan.
Panglima Operasi Udara dan delegasi kemudiannya dibawa melawat Markas Wilayah Udara 1 dan Regional Air Operation Centre 1 (RAOC 1). Di dalam lawatannya, Panglima Operasi Udara telah diberi sedikit taklimat pengoperasian dan rancangan masa hadapan MAWILUD 1 dan RAOC 1.
Seterusnya, Panglima Operasi Udara dan delegasi melawat ke detasmen No 12 Skuadron bagi melihat sendiri dengan lebih dekat pengoperasian detasmen No 12 Skuadron di PU Kuantan serta mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah No 12 Skuadron, Lt Kol Mohd Noraihan bin Abdul Karim TUDM.
Turut hadir mengiringi Panglima Operasi Udara adalah Ketua Staf MPOU, Brig Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM; Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM serta Eksekutif Pangkalan.