![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 31 Julai 2025 – Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU), Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (KSU), YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali di Pejabat KSU, Wisma Pertahanan hari ini.
Kunjungan rasmi ulung Timbalan Panglima Tentera Udara ini adalah sebagai pengenalan kepada Ketua Setiausaha Kementerian setelah mengambil alih jawatan pada 26 Jun 2025 yang lalu.
Pertemuan ini juga menjadi platform kepada Timbalan Panglima Tentera Udara bagi mendapatkan nasihat serta mandat daripada pucuk pimpinan untuk beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab selari dengan agenda Kementerian Pertahanan dan Kertas Putih Pertahanan.