KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA TENTERA UDARA KE ATAS TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 1 Jul 2025 - Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari di pejabat Timbalan Menteri Pertahanan hari ini.

Kunjungan ini adalah kunjungan rasmi pertama beliau kepada Timbalan Menteri Pertahanan setelah diberi amanah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Panglima Tentera Udara Ke-21 berkuatkuasa pada 26 Jun 2025 lalu.

Pertemuan ini menjadi wadah penting kepada PTU untuk mendapatkan nasihat dan mandat daripada barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dalam memastikan agenda pelan pembangunan TUDM dapat dilaksanakan dan diteruskan sepanjang pentadbiran beliau.

Selain itu, pertemuan ini juga memberi peluang kepada beliau untuk berbincang bersama Timbalan Menteri Pertahanan berkenaan hal-hal strategik melibatkan kesiagaan dan keupayaan semasa TUDM dalam mendepani cabaran landskap keselamatan yang semakin mencabar.

Kunjungan hormat ini juga turut mencerminkan hubungan erat dan komitmen berterusan antara kepimpinan tertinggi TUDM serta Kementerian Pertahanan dalam usaha memperkukuhkan pertahanan dan kedaulatan negara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN