KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA TENTERA UDARA KE ATAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 1 Jul 2025 – Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar di pejabat rasmi Panglima Angkatan Tentera (PAT) hari ini.

Kunjungan ini merupakan kunjungan rasmi pertama beliau kepada PAT setelah diamanahkan sebagai Panglima Tentera Udara Ke-21 berkuatkuasa pada 26 Jun 2025 yang lalu.

Dalam pertemuan tersebut, PTU menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada PAT di atas kepercayaan yang diberikan untuk beliau menerajui TUDM. Pertemuan ini juga menjadi platform penting untuk beliau mendapatkan nasihat dan mandat daripada PAT selaku pemimpin tertinggi ATM bagi memperhalusi agenda dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan pertahanan negara secara menyeluruh khususnya melibatkan TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN