KUALA LUMPUR, 14 Apr 23 – Mej Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM, mantan Ketua Pengarah Sekretariat MTU telah melaksanakan Kunjungan Hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di pejabat PAT hari ini.
Kunjungan ini adalah sempena persaraan serta sebagai menzahirkan terima kasih dan penghargaan beliau kepada Panglima Angkatan Tentera yang telah memberikan sokongan padu kepadanya termasuk semasa beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Sekretariat pada masa Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM menjawat jawatan Timbalan Panglima Tentera Udara dan Panglima Tentera Udara sehingga jawatan sekarang.
Panglima Angkatan Tentera turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas segala sumbangan jasa bakti dan khidmat yang telah dicurahkan kepada TUDM sepanjang perkhidmatan beliau dan mendoakan agar beliau selamat maju jaya setelah menamatkan perkhidmatan TUDM.