KUNJUNGAN HORMAT INSPEKTOR KEMALANGAN UDARA KE ATAS PANGLIMA OPERASI UDARA

2 1 3

4

SUBANG, 18 Apr 23 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Inspektor Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan, Brig Jen Datuk Yee Yit Hong TUDM di Markas Pemerintahan Operasi Udara hari ini.

Dalam pada itu, Brig Jen Datuk Yee Yit Hong TUDM dan delegasi telah dibawa melawat ke sekitar kompleks MPOU termasuklah Galeri MPOU yang menempatkan sejarah-sejarah operasi dan eksesais melibatkan TUDM.