KUALA LUMPUR, 18 Apr 23 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada empat (4) pegawai kanan TUDM bertempat di Eagle Nest, Markas Tentera Udara , hari ini.
Upacara pemakaian pangkat ini turut disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM serta beberapa pegawai kanan TUDM.
Detik yang merakamkan sejarah tersendiri kali ini khususnya kepada pegawai kanan berkenaan menyaksikan Kol Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM dinaikkan pangkat ke Pemangku Brigedier Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Komander JAMCC Sepang.
Di majlis ini juga, tiga (3) pegawai kanan TUDM berpangkat Lt Kol TUDM telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Kolonel TUDM iaitu Lt Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM yang akan membuat tugas sebagai Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Lt Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM yang membuat tugas Pembantu Ketenteraan kepada Panglima Angkatan Tentera dan Lt Kol Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM yang membuat tugas Pengarah Sekretariat di Markas Tentera Udara.
Seluruh warga TUDM mengucapkan sekalung tahniah kepada Brig Jen Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM, Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM dan Kol Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM yang telah dinaikkan pangkat dan diamanahkan dengan kepercayaan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM dan ATM untuk menggalas, meneruskan dan membawa pencapaian yang terbaik dari semasa ke semasa. Sesungguhnya kenaikan pangkat tersebut adalah bukti komitmen dan dedikasi kerja yang diberikan serta penghargaan atas prestasi yang dicurahkan untuk perkhidmatan TUDM khususnya dan ATM amnya.