Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM adalah juruterbang penguji pesawat yang terlatih dengan ilmu dan kemahiran yang dimilikinya. Rekod beliau sebagai juruterbang penguji pesawat bermula pada tahun 1992 apabila beliau telah dipilih oleh Panel Pemilihan Khas TUDM untuk mengikuti Kursus Juruterbang Penguji Pesawat di International Test Pilot School (ITPS), United Kingdom. Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menerbangkan pesawat Pejuang Sukhoi 30 MKM sekaligus mencipta sejarahnya yang tersendiri pada 28 Dis 21 sebagai Panglima Tentera Udara yang pertama menerbangkan sendiri pesawat Sukhoi 30MKM (M52-16) bersama Pegawai Memerintah No. 12 Skn, Lt Kol Norazan bin Othman TUDM.