DELEGASI LUAR NEGARA DAN PESERTA DIRAIKAN DALAM ACARA PERASMIAN DAN KERAIAN DSA & NATSEC ASIA 2022

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2022 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM antara tetamu yang turut hadir bagi meraikan delegasi luar negara yang menyertai Pameran Defence Services Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2022 dalam acara Opening Ceremony and Official Reception bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri (KDN), YB Dato' Seri Hamzah Zainudin. Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM yang turut diiringi oleh Panglima Tentera Darat Malaysia, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain selaku Pengerusi Jawatankuasa Acara Perasmian dan Keraian DSA dan NATSEC Asia 2022, panglima-panglima perkhidmatan serta pegawai kanan tentera dan awam Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

7 8 9
10 11 12

 

Di dalam ucapannya, Menteri Kanan Pertahanan menzahirkan rasa penghargaan dan menyambut mesra serta mengalu-alukan kehadiran semua delegasi ke acara berprestij pada tahun ini setelah kali terakhir acara ini diadakan 4 tahun yang lalu. Menurut beliau, Malaysia bakal memasuki Fasa 'Peralihan Ke Endemik' pada 1 April ini, maka acara berprestij ini menunjukkan kepada dunia bahawa 'Malaysia is now open for business' selepas dua tahun dilanda pandemik. Malahan, Defence Services Asia dan NATSEC Asia akan terus menjadi platform penting untuk Malaysia bersama sekutu serantau dan antarabangsa dalam mengukuhkan rantaian dan diplomasi pertahanan demi kepentingan keselamatan pertahanan.

Penganjuran DSA Edisi ke-17 dan NATSEC Asia Edisi ke-2 tahun 2022 bermula pada 28 hingga 31 Mac 2022 membawakan tema “Advancing into a New Era of Defence and Security” bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.