PUTRAJAYA, 19 Sep 24 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datoβ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah hadir ke Majlis Apresiasi Inovasi Kementerian Pertahanan bersama Ketua Setiusaha Kementerian, YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak bagi meraikan pemenang AIPSA (ADISA dan KIKSA) di Hotel Pulse Grande, Putrajaya.
Kementerian Pertahanan mencatatkan kejayaan luar biasa dengan TUDM menyumbang 36% daripada keseluruhan anugerah yang dipertandingkan, menjadikannya kementerian tertinggi di peringkat kebangsaan. TUDM berjaya meraih lima daripada lapan anugerah yang dipertandingkan seperti berikut:
1. Johan ADISA β Projek RAIN yang diwakili oleh Mej Mohd Haziq Izzat TUDM.
2. Naib Johan KIKSA - Projek VAST yang diwakili oleh Lt Kol Wan Mohd Halif TUDM.
3. Naib Johan KIKSA - Projek ALEXENDER yang diwakili oleh Mej Muhammad Faiser TUDM.
4. Naib Johan KIKSA - Pojek Silent Screamer yang diwakili oleh Kapt Mohd Syukran Helmy TUDM.
5. Tempat ketiga KIKSA - Projek KBEMS yang diwakili oleh Mej Eddy TUDM.
Turut hadir ke majlis ialah Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM. Dalam pencapaian ini, TUDM turut berbangga atas kepimpinan Moderator KIKSA, Lt Kol Mohamad Rosdzni TUDM dan Moderator AIPSA, Mej Hairul Zaimy TUDM yang berjaya mengaturgerak pasukan inovasi TUDM sehingga ke peringkat tertinggi Anugerah Inovasi Negara.
Tahniah kepada pemenang-pemenang yang telah berusaha gigih dan diharap dapat mengekalkan sejarah gemilang pertandingan Inovasi dan KIK akan datang serta menarik minat lebih ramai Pegawai dan Anggota untuk terus berinovasi.