ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ ππ€πŠπ€π‹ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππŽπ‹πŽππ† ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 πŒπ€π‹π€π–π€πŠπˆπ‹ 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

1 2 3

 

KUALA LUMPUR, 19 Sep 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada bakal Penasihat Pertahanan dan Penolong Penasihat Pertahanan Malawakil Luar Negara, di pejabat beliau hari ini.

Pertemuan ini melibatkan Kol Hisham bin Zakaria TUDM, bakal Penasihat Pertahanan di Pretoria, Afrika Selatan; Mej Suriati binti Alias, bakal Penolong Penasihat Pertahanan di Canberra, Australia dan Mej Ahmad Saifuddin bin Noordin TUDM, bakal Penolong Penasihat Pertahanan di London, United Kingdom.

Panglima Tentera Udara merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan profesional serta memikul amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya agar sentiasa cemerlang sebagai wakil Angkatan Tentera Malaysia khususnya dan negara amnya.