πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π π’πˆπ‰πˆπ‹ π€πˆπ‘ πŽππ„π‘π€π“πˆπŽπ ππ‹π€πππˆππ† π‚πŽπ”π‘π’π„ (π€πŽππ‚) π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸ’

WhatsApp Image 2024 09 18 at 115938 WhatsApp Image 2024 09 18 at 115940 WhatsApp Image 2024 09 18 at 115944
WhatsApp Image 2024 09 18 at 115945 WhatsApp Image 2024 09 18 at 115943

 

Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM, telah merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Air Operation Planning Course (AOPC) Siri 1/24 di Auditorium Air Warfare Centre TUDM. Majlis ini dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan termasuk Timbalan Ketua Staf MPOU, Kol Mohd Hakimi bin Mohd Anuar TUDM; Komander AWC TUDM, Kol Abdul Rahim bin Jusoh TUDM serta pegawai-pegawai kanan MPOU.

Kursus ini diadakan buat julung kalinya selepas kajian semula modul Air Warfare, bertujuan untuk memperkemaskan kurikulum terkini dan meningkatkan kapasiti warga TUDM dalam melaksanakan operasi udara yang lebih efektif.

Sebanyak 22 pegawai ATM telah menyertai kursus ini, yang terdiri daripada 21 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Lt Kol TUDM dan Mej TUDM, serta seorang pegawai perubatan Tentera Darat Malaysia (TDM) berpangkat Mej. Kursus yang berlangsung selama 12 hari ini bermula pada 2 September 2024 di Bangunan Eksesais, AWC TUDM.

Objektif kursus ini bertujuan untuk melengkapkan pegawai TUDM khasnya dan ATM amnya, dengan pengetahuan dan kemahiran penting mengenai perancangan konsep peperangan udara terkini serta mekanisme pelaksanaan secara komprehensif dan berstruktur dalam Air Operations Planning Process (AOPP) serta Air Logistic Planning Process (ALPP), yang seterusnya mampu membolehkan peserta berfungsi secara efektif sebagai Air Operational Staff Planners.

Panglima Tentera Udara serta seluruh warga MPOU mengucapkan syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya.