πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„πŒππ”πŠπ€π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 πŠπ„-πŸ‘ 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 πŠπ„-πŸπŸ“

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17 18
19 20 21

Β 

KUANTAN, 6 Mei 24 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini. Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebaik keberangkatan tiba pada jam 9.30 pagi, KDPB Sultan Pahang berkenan memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang didirikan oleh Pasukan Kawalan Kehormatan Utama, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Perbarisan KKU pada pagi ini terdiri seramai 3 Pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Udara Diraja Malaysia diketuai oleh Mej Syed Mutalib bin Sayed Othman TUDM selaku Ketua Kawalan; Kapt Mohamed Azmi bin Bohan TUDM, Pembantu Ketua Kawalan; Kapt Mohamad Izzat bin Rusli TUDM, Pegawai Pembawa Panji-Panji No 10 Skn dan PW U II Mohd Syukri bin Mohd Noor, SMR Panji-Panji serta diiringi oleh Pancaragam Pusat TUDM di bawah pimpinan Kapt Sabri bin Hamil TUDM.

Turut hadir di dalam istiadat ini adalah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan YABhg Datin Sri Dato’ Burhah binti Muhamad; Yang Berhormat Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin dan YBhg Datin Sri Dato’ Mustakizah binti Sulaiman serta Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM; Komander Pangkalan Udara Kuantan dan Brig Jen Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM.

Perbarisan KKU ini dikoordinasikan oleh Lt Kol Mohd Azwan bin Abd Wahab TUDM, Pengarah Istiadat MTU-Istiadat dan dikoordinasi bersama oleh Pegawai Penyelaras Perbarisan, Lt Kol Mohd Zaki bin Haji Mohd Noor TUDM, PS 1 MTU- Sekretariat C serta turut dibantu oleh Pasukan Jejawat dari 4 Briged Mekanize, Kuantan yang diketuai oleh 1 Pegawai dan 21 anggota Lain-Lain Pangkat.