𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŒπ„ππ˜π„πŒππ”π‘ππ€πŠπ€π ππ„πŒππ”πŠπ€π€π ππ€πŒπ„π‘π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π’πˆπƒπ€ππ†π€π 𝐃𝐒𝐀 & 𝐍𝐀𝐓𝐒𝐄𝐂 π€π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ’

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUALA LUMPUR, 6 Mei 24 - Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan Pembukaan Pameran dan Persidangan β€˜Defence Service Asia’ (DSA) 2024 yang ke-18 edisi ketiga NATSEC Asia 2024. Acara terkemuka ini berlangsung mulai 6 hingga 9 Mei 2024 di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Perdana Menteri berkata, pameran DSA dan NATSEC 2024 memainkan peranan penting dalam membentuk landskap pertahanan negara. Sehubungan itu, katanya, syarikat pertahanan tempatan perlu menonjolkan keupayaan dan kepakaran masing-masing. Sehubungan itu, katanya, syarikat pertahanan tempatan perlu menonjolkan keupayaan dan kepakaran masing-masing.

"Biarkan pavilion anda berdiri sebagai mercu tanda kecemerlangan, menyerlahkan bukan sahaja kehebatan teknologi tetapi juga komitmen terhadap kerjasama dan perkongsian.
"Saya katakan kepada anda Carpe Diem. Rebutlah peluang ini untuk mempamerkan kebolehan dan inovasi kita di peringkat global," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC), di sini.

Acara dwitahunan yang memasuki edisi ke-18 kali ini disertai 1,324 syarikat pertahanan dan keselamatan membabitkan 60 negara di dunia termasuk Amerika Syarikat, China, Australia, Brazil, Jerman, India, Perancis, Itali, Korea Selatan, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom.

Majlis ini turut dihadiri oleh pucuk pimpinan TUDM iaitu Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM.