KUALA LUMPUR, 6 Mei 24 β Putrajaya Forum 2024 telah direalisasikan seiring sebagai segmen yang tersedia pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC ASIA) 2024 dengan bertemakan Non-Traditional Threat and Emerging Technologies.
Forum yang melibatkan kira-kira lebih 300 peserta dari dalam dan luar negara turut dihadiri oleh pucuk pimpinan TUDM iaitu Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Datoβ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan Panglima Pendidikan & Latihan Udara, Lt Jen Dato' Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM.
Forum Putrajaya adalah merupakan satu platform persidangan berskala antarabangsa yang dilaksanakan bertujuan bagi menghimpunkan komuniti penggubal dasar, badan pemikir dan agensi pertahanan serta keselamatan serantau dan antarabangsa.
Siri forum pada kali ini telah direalisasikan menerusi dua sesi dialog utama. Sesi pertama dibawah seliaan moderator Profesor Hajjah Ruhanas binti Harun dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia memperlihatkan kupasan topik perbincangan oleh barisan panel pembentang yang terdiri daripada Menteri Pertahanan Malaysia; YB Datoβ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Zimbabwe; Oppah Charm Zvipange Munchiguri dan Timbalan Menteri Pertahanan Republik Turkiye; Dr.Celal Sami TΓFEKΓΔ°. Towards Enhanced Non-Traditional Security Cooperation berintipatikan situasi persaingan geopolitik yang tidak berpenghujung menjadi intipati perbincangan yang dibahaskan panelis sepanjang sesi pertama ini.
Sesi kedua pula telah menampilkan barisan panel pembentang terdiri daripada Panglima Angkatan Tentera Malaysia; Jeneral Tan Sri Datoβ Seri Mohammad bin Ab Rahman, Ketua Biro Pengawal Kebangsaan Amerika Syarikat; Jeneral Daniel R. Hokanson dan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya; Dr. Su Wai Mon. Sesi ini memperlihatkan perbincangan topik berkisarkan Applying Emerging Technologies in Improving Military/ Defence Diplomacy yang membahaskan mengenai Kecerdasan Buatan, Robotik, Dron dan Teknologi Angkasa. Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya, Profesor K.S. Nathan telah bertindak sebagai moderator bagi sesi ini.
Terdahulu, Menteri Pertahanan, YB Datoβ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyampaikan ucaptama beliau dan seterusnya merasmikan forum persidangan anatarabangsa ini.