VAKSINASI DOS KE-2 PU LABUAN

1 2
4 3

 

LABUAN, 22 Mac 21 - Program Vaksinasi Covid-19 bagi dos ke-2 telah dilaksanakan oleh pihak RSAT Pangkalan Udara Labuan bagi kelompok pertama yang menerima suntikan pada 1 Mac 21 yang lalu. Seramai 252 orang yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat telah disenaraikan sebagai penerima vaksin dos ke-2 mulai 22 Mac sehingga 31 Mac 21.

Antara penerima vaksin dos ke-2 adalah Ketua Staf MAWILUD 2, Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM, dan juga Komander PU Labuan, Brig Jen Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM serta anggota dan pegawai yang telah disenaraikan dari semua unit dan cawang PU Labuan.

Program imunisasi COVID-19 yang memasuki Fasa kedua kini telah dan sedang giat dilaksanakan melibatkan seluruh warga TUDM dan juga semua barisan hadapan. Usaha ini dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh pegawai perubatan serta petugas kesihatan tentera dan awam dari RSAT PU Labuan sebagai ikhtiar serta memberi nafas baharu untuk memerangi sepenuhnya wabak Covid-19 di dalam negara.