KUCHING, 22 Mac 21 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah No 7 Skuadron di antara Lt Kol Ahmad Amir bin Shahidan TUDM dengan Mej Khairul Nizam bin Ismail TUDM telah disaksikan oleh Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM.
Lt Kol Ahmad Amir bin Shahidan TUDM akan bertukar ke MTU–Perancangan & Pembangunan. Majlis yang diadakan di Hangar No 7 Skuadron ini telah dilaksanakan dalam keadaan norma baharu.