SUBANG, 8 Ogos 23 - Warga Pangkalan Udara Subang yang berdaftar sebagai pengundi awal di kawasan Pilihan Raya N32 (Seri Setia) telah menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia sempena Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Selangor ke-15.
Seramai 3541 Pegawai dan Anggota yang terlibat bersama pasangan telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang.
Komander Pangkalan, Brig Jen Dr Norazrin bin Shamsudin TUDM merupakan Penyelia Pusat Mengundi (PPM). Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya YBhg Tan Sri Abdul Ghani bin Salleh, Dato Bandar Petaling Jaya, Tuan Mohamad Azhan bin Md Amir serta Timbalan IGP PDRM, YBhg Dato’ Sri Ayob Khan bin Mudin Pitchay bagi menyaksikan kelancaran proses pelaksanaan membuang undi dan berkesempatan meluangkan masa meninjau pusat pengundian awal di Pangkalan Udara Subang.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pangkalan Udara Subang diatas kejayaan dalam melaksanakan sesi pengundian awal pada kali ini.