PILIHAN RAYA NEGERI KE-15 (PRN-15) DUN N.27 RANTAU MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI AWAL

1 2 3
4 5

 

SENDAYAN, 8 Ogos 23 – Warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk pasangan yang berkhidmat di Pangkalan Udara Sendayan (PUSEN) telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) DUN N.27 Rantau yang bertempat di Dewan Angkasaraya Pangkalan Udara Sendayan. Seramai 906 anggota bersama pasangan telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi awal.

Warga PUSEN telah berkumpul seawal jam 8 pagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia sepertimana yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) iaitu bagi mengundi di Pusat Pengundian bagi Lokaliti PU Sendayan. Proses mengundi dijalankan secara berperingkat mengikut masa yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kelancaran proses membuang undi. Selain warga TUDM beserta pasangan, Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH DCP Dato Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan petugas dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut hadir menyaksikan dan memantau proses pelaksanaan membuang undi di Dewan Angkasaraya.

Turut hadir adalah Komander Pangkalan, Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM dan barisan eksekutif pangkalan bagi menyaksikan proses pelaksanaan membuang undi disamping turut sama menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal. Dato Seri Mohamad bin Hassan turut berkesempatan meluangkan masa meninjau pusat pengundian awal di Pangkalan Udara Sendayan.