TUDM TURUT SERTA DALAM 3RD MALAYSIA MILITARY MEDICINE CONFERENCE 2021 (MMMC 2021)

168299214 3934609299960020 1156624051713796916 n WhatsApp Image 2021 04 05 at 143718 WhatsApp Image 2021 04 05 at 143719
WhatsApp Image 2021 04 05 at 143721 WhatsApp Image 2021 04 05 at 143723 WhatsApp Image 2021 04 05 at 143725

 

KUALA LUMPUR, 5 April 2021 – 3rd Malaysia Military Medicine Conference (MMMC 2021) telah berlangsung bermula hari ini adalah merupakan program dwitahunan anjuran Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) yang menjadi platform perkongsian informasi kesihatan. Bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, tema persidangan kali ini bertemakan “Fitness, Wellness dan Readiness; Winning the Battle for a Healthy and Ready Force” disertai seramai hampir 250 orang peserta dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan termasuk dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Persidangan kali ini berobjektifkan untuk memberikan penekanan kepada penjagaan aspek kesihatan fizikal, mental dan kepentingan aspek-aspek tersebut kepada kesiapsiagaan anggota tentera.

Selain penglibatan peserta persidangan, penyertaan TUDM turut melibatkan Sekolah Jasmani dan Sukan TUDM (SJS TUDM), Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) yang mengambil bahagian dalam 3rd MMMC 2021 hari ini. Seramai 15 peserta SJS TUDM yang diketuai oleh Kapt Mohd Hafidz Shamsir bin Md Nasir TUDM telah mengadakan pameran ketenteraan memfokuskan kepada kecergasan fizikal anggota TUDM khususnya melibatkan Jurulatih Jasmani TUDM. Antara yang dipersembahkan semasa dalam pameran tersebut adalah demonstrasi gimnastik iaitu salah salah satu daripada latihan asas kepada Jurulatih Jasmani.

SJS TUDM turut menerangkan kepada yang hadir berkenaan kursus-kursus yang dianjurkan oleh SJS TUDM seperti Kursus Kerjaya Jurulatih Jasmani dan Kursus Pengurusan Berat Badan (BMI) melibatkan anggota TUDM, penglibatan SJS TUDM dalam pembangunan sukan TUDM dan ATM serta Program ‘RMAF 10KM Challenge’ yang dianjurkan dalam mengekalkan kecergasan khasnya warga TUDM. Pempamer dari SJS TUDM ini telah diseliakan oleh Mej Norhadi bin Abdullah TUDM dari Seksyen Pembangunan Sukan TUDM.

3rd Malaysia Military Medicine Conference (MMMC 2021) yang telah dirasmikan pembukaannya oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM hari ini sarat dengan perkongsian ilmu khususnya melibatkan kecergasan dan kesiagaan aset sumber manusia sebagai tunjang sesebuah organisasi. Ianya juga selaras dengan “work life balance” di dalam Teras Kelapan Perintah Ulung PTU untuk memupuk gaya hidup sihat di kalangan warga TUDM agar lebih berketerampilan.