TUDM TERBANGKAN KELENGKAPAN HOSPITAL MEDAN ATM DAN PERALATAN PERUBATAN KKM KE SIBU

245903338 238243645013777 4845012083042267859 n 245912195 238243498347125 1003745658585448225 n 245924962 238243591680449 9148790530551762871 n
245941371 238243698347105 7563913143550290753 n 245946212 238243545013787 747423975792397843 n 245949153 238243458347129 1579280490471598694 n

 

SUBANG, 17 Oktober 2021 – TUDM menerusi pesawat angkut jenis A400M dari No. 22 Skn, Pangkalan Udara Subang telah berjaya melaksanakan misi penghantaran kelengkapan tambahan Hospital Medan ATM dan peralatan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Sibu, Sarawak pada hari ini.

Susulan daripada kepadatan pesakit di Hospital Sibu akibat penularan wabak pandemik COVID-19, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Residen Sibu, Pengarah Hospital Sibu dan Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sibu telah bersepakat untuk mewujudkan Hospital Medan ATM di situ bagi tujuan rawatan kepada pesakit-pesakit selain COVID-19. Pada 1 Oktober yang lalu, ATM menerusi Rejimen 510 Askar Wataniah (AW) dan 1 Batalion Ubat telah memulakan persiapan dan pemasangan hospital medan yang berkapasiti 100 katil dan mampu menampung 100 pesakit pada satu-satu masa.

Penghantaran pada hari merupakan peralatan tambahan daripada 2 Batalion Ubat dan KKM bagi melengkapkan lagi fasiliti untuk Hospital Medan di Sibu. Antara peralatan yang dibawa pada hari ini melibatkan Hospital Medan ATM adalah khemas, portable aircond, field bed, distibutor box dan feeder piller panel manakal daripada KKM adalah mesin HFNC, besi kaki monitor dan oxygen concentrator.
Proses memuat naik kelengkapan Hospital Medan ATM dan peralatan perubatan KKM telah bermula seawal jam 6.OO pagi melibatkan anggota Cabang Pergerakan Udara Subang serta “loadmaster” pesawat A400M. Kerja-kerja ini telah mengambil masa hampir satu jam kerana perlu dilaksanakan secara teliti dan berhati-hati agar tidak berlaku sebarang kemalangan serta kerosakan kepada anggota bertugas, pesawat dan muatan.

Pesawat kemudiannya telas berlepas dari PU Subang pada jam 7.00 pagi dan selamat tiba di Sibu pada jam 9.00 pagi. Penerbangan ini telah diketuai oleh Mej Mohd Hafiz bin Yusof TUDM selaku juruterbang dan dibantu oleh Kapt Noor Mohamad Farhan bin Mohamad Noor TUDM serta Kapt Muhammad Idris bin Ismail TUDM selaku pembantu juruterbang. Anak kapal lain yang turut terlibat adalah , 2 orang “loadmaster” iaitu PW II U Rufian bin Jasmi @ Sengi dan Sjn U Wan Muhammad Aiman bin Wan Yusoff serta 2 orang “supplementary crew” iaitu Sjn U Khairul Amri bin Azahari dan Kpl U Muhammad Zulfitri bin Zulkefli.

Proses-proses penurunan kelengkapan tambahan Hospital Medan Sibu telah dibantu oleh 9 Briged, Rejimen 510 Askar Wataniah (AW) yang diketuai oleh Lt Kol Ahmad Halim bin Hj Mohd Rosli, Timbalan Komander Rejimen tersebut merangkap Ketua Tim Persiapan Hospital Medan Sibu, 1 Batalion Ubat dan Jabatan Kesihatan Sibu.

Tahniah dan syabas diucapakan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam memastikan persiapan dan pelaksanaan Hospital Medan ATM di Sibu telah berjalan dengan lancar. TUDM dan perkhidmatan dibawah ATM akan terus memberikan sepenuh komitmen serta kerjasama kepada agensi-agensi lain dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi seterusnya membantu negara dalam mengekang penularan wabak COVID-19.