TUDM LAKSANAKAN PENERBANGAN IHSAN BAWA PESAKIT TUMOR OTAK

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 21 Okt 23 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit perempuan yang menghidap "Tumor Otak" dari Tawau ke Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah.

Pesakit, Suria @ Rafidah Lika, 47, disahkan menghidap penyakit itu pada 13 Oktober lalu dan telah menerima rawatan di Hospital Tawau. Bagi memudahkan urusan penjagaan dan logistik, suami beliau telah memohon untuk dipindahkan ke semenanjung yang mana berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Operasi penerbangan telah dilaksanakan oleh No. 14 Skn dari PU Labuan. Pesawat telah diterbangkan oleh Mej Jamaludin bin Juhari TUDM dan dibantu oleh Kapt Muhammad Amirul Faisall bin Rosdin TUDM selaku pembantu juruterbang. Anak kapal lain yang turut terlibat adalah Jurumalim, Kapt Mohd Yassir bin Ab Rahman TUDM; Jurutera Penerbangan, Lt Nur Muhammad Sufi bin Baharuddin serta dua Kuartermaster Udara, PW U I Akashah bin Muhammad dan Sjn u Mohamad RCWFirdaus bin Mat Saad.

Turut mengiringi pesakit adalah suami beliau iaitu En Jamaludin Ahmad dan pegawai perubatan.

TUDM akan terus komited bagi memberikan komitmen tinggi dalam memenuhi keperluan kebajikan masyarakat. Seluruh warga TUDM mendoakan agar Puan Suria @ Rafidah Lika diberikan kesembuhan dan sihat seperti sediakala.