TUDM BANTU PDRM MELAKSANAKAN OP PENAWAR MENDEPANI PANDEMIK COVID-19 GELOMBANG KETIGA

1 2 3
4 5 6

 

SHAH ALAM- Seramai 16 anggota TUDM telah terlibat melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) membantu pihak PDRM di dalam OP PENAWAR bermula sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 14 Oktober 2020 lalu. Mereka terdiri daripada lapan (8) anggota dari Skuadron 211 HANDAU dan lapan (8) anggota dari pelbagai ketukangan dari Pangkalan Udara Subang (PU Subang).

Anggota TUDM turut bertugas bersama dengan pasukan Tentera Darat Malaysia dari 4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan anggota polis dari IPD Shah Alam di dua (2) lokasi SJR iaitu di Tol Setia Alam dan Tol Bukit Jelutong. Penugasan mereka turut dipantau oleh Ketua Skuadron 211 HANDAU, Mej Mohamed Adnan Fareed bin bin Mohamed Akbar TUDM terutama dari segi penggiliran tugas yang dibahagikan mengikut syif dalam tempoh 24 jam bermula jam 8.00 pagi setiap hari dan kebajikan para petugas yang terlibat.

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Okt hingga 27 Okt 2020 berikutan peningkatan kes baharu jangkitan Covid-19. Orang ramai juga dinasihatkan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam usaha mengurangkan penularan wabak berbahaya gelombang ketiga yang dihadapi negara ketika ini.