TUDM ATUR GERAK ASET LAKSANAKAN CARILAMAT NELAYAN TEMPATAN YANG HILANG DI PULAU KAPAS

1 2 3

 

PULAU KAPAS, 8 Apr 22 - Sebuah bot nelayan tempatan telah dilaporkan karam pada kedudukan lapan batu nautika dari Pulau Kapas. Pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) telah memohon khidmat bantuan pesawat dari TUDM untuk menjalankan misi CARILAMAT.

No 10 Skn telah diaturgerak dengan menggunakan sebuah pesawat EC 725 AP bagi melaksanakan tugas tersebut. Tugasan tersebut telah dilakukan selama hampir 3 jam penerbangan bersama sebuah kapal APMM, KM Redang di kawasan carian yang sama bagi aset laut.

Penerbangan pesawat M55-03 ini telah dikendalikan oleh Komander Pesawat, Kapt Wan Muhammad Haqimi bin Wan Zin TUDM dan dibantu oleh Pembantu Juruterbang, Kapt Mohammad Fais bin Abdul Halim TUDM serta Kuartermaster Udara, PW U I Zakaria bin Othman dan Sjn U Muhyi Nazirul bin Abdullah. Seramai 5 orang anggota PASKAU dari Detasmen SAR No 10 Skn turut serta menjayakan misi CARILAMAT ini.

Anak kapal, anggota Detasmen SAR dan kru pesawat TUDM tetap komited dalam melaksanakan tugas operasi bersama-sama pelbagai pihak lain yang turut serta. Harapan kini agar mangsa bot karam dapat ditemui. Sama-samalah semua pihak agar mendoakan usaha CARILAMAT dapat dilaksanakan dengan lancar dan menemui mangsa yang terlibat.