BUTTERWORTH, 6 Apr 22 – Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Brig Jen Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup, Penyampaian Sijil dan Pemakaian Lencana Explosive Ordnance Disposal (EOD) Siri 26/22 dan Kursus BAC Siri 13/22 di Auditorium No 18 Skn, PU Butterworth.
Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan operator EOD yang berkelayakan dan berketerampilan sebagai pemusnah bahan letupan dan menjadi pasukan tindak balas terhadap ancaman Improvised Explosive Device (IED) di dalam perkhidmatan ATM amnya dan TUDM khasnya.
Seramai 12 orang peserta kursus telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya melalui dua fasa iaitu Teori dan Praktikal. 11 minggu Fasa Teori telah dilaksanakan di ITSBL manakala 2 minggu Fasa Pratikal telah dijalankan di Kem Hobart, Gurun.