Kuantan, 14 Jul 23 - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah melaksanakan aktiviti “Tools Down Day” bertempat di Dewan Seri Angkasa (DSA) Pangkalan Udara Kuantan yang telah disempurnakan oleh Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM dan diiringi oleh Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh, Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian, peserta kursus serta barisan Jurulatih INSPRA dengan kekuatan seramai 318 orang.
Dengan tema “Workplace Safety Is Not Just A Slogan, It's A Lifestyle” Sel Keselamatan INSPRA telah menjemput dua penceramah dari agensi luar iaitu wakil daripada Unit Kaunseling dan Psikologi Hospital Tengku Ampuan Afzan, Puan Asmaniza bt Ahmad Zain yang menyampaikan ceramah mengenai Kesihatan Emosi dan Perkembangan Psikologi di Tempat Kerja. Manakala wakil daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang iaitu Tuan Shaiful Bahri bin Abdul Hadi menyampaikan ceramah bertajuk Keselamatan Jalan Raya, Amalan Defensive Driving dan Mengenali Hotspot Kawasan Kemalangan.
Selain itu, kedua-dua penceramah turut berkongsi pengalaman-pengalaman yang signifikan sepanjang bertugas di jabatan masing-masing bagi menekankan kepentingan mengamalkan budaya mengutamakan keselamatan di tempat kerja dan kehidupan seharian. YBhg Komandan turut menyempurnakan sesi penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada dua penceramah jemputan yang hadir pada kali ini sebagai tanda terima kasih.
Melalui ucapan penutup, YBhg Komandan telah merakamkan ucapan tahniah kepada semua kerana telah berjaya melaksanakan aktivti Tools Down Day pada kali ini dan menasihati seluruh warga INSPRA untuk sentiasa mengutamakan keselamatan diri di jalan raya terutama semasa pergerakan ke tempat kerja dan pulang ke kediaman masing-masing serta kepentingan menjaga keharmonian sesama anggota di tempat kerja.