![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 14 Jul 23 - Tools Down Day Peringkat MPPLU Bagi Tahun 2023 yang bertemakan “Workplace Safety is Not Just A Slogan, It’s A Lifestyle” telah dilaksanakan secara serentak oleh semua institut dan sekolah dibawah naungan MPPLU. Tools Down Day adalah program yang sangat penting dari aktiviti keselamatan di mana semua penerbangan dan operasi darat akan diberhentikan dan institut/ sekolah menjalankan kempen keselamatan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan di kalangan anggota TUDM.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti Ceramah Kesihatan berkenaan Mental Health and Stress Management, Ceramah Kebakaran serta demonstrasi memadam api kebakaran, larian 2.4km, senamrobik, pemeriksaan keselamatan pejabat dan kawasan sekitar, taklimat keselamatan kenderaan persendirian, serta kelas Safety Risk Management (SRM).
Program ini bukan sahaja diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan keselamatan di kalangan warga MPPLU, ianya juga sebagai salah satu program untuk berehat daripada operasi dan latihan rutin. Tahniah dan Syabas kepada semua pemerintah dibawah naungan MPPLU.