TINJAUAN DAN PENILAIAN KESELAMATAN AIR DISPLAY SAFETY CELL (ADSC) LIMA`25, AIR DISPLAY CELL (ADC) LIMA`25 & SEARCH AND RESCUE EXERCISE LIMA`25 (SAREX LIMA`25)

D75 8768 D75 8775 D75 8786
D75 8811 D75 8823 D75 8851
D75 8856 D75 8890 D75 8937

 

PULAU LANGKAWI, 18 FEB 25 – TUDM sentiasa komited dalam menjamin aspek keselamatan bagi program LIMA`25 dan SAREX LIMA`25 yang bakal berlangsung pada tahun ini berada pada tahap yang tertinggi. Tim tinjauan dan penilaian keselamatan ADSC LIMA`25, ADC LIMA`25 dan SAREX LIMA`25 telah diatur gerak melibatkan sekretariat bersama TUDM dan Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) dengan semua agensi yang terlibat dalam menjayakan LIMA`25 dan SAREX LIMA`25 akan datang.

Tinjauan dan penilaian ini dilaksanakan bagi tujuan menilai segala aspek keperluan latihan dari segi kesesuaian kawasan, tahap keselamatan serta dokongan logistik di kawasan latihan sepanjang program LIMA`25 dan SAREX LIMA`25 berlangsung. Tinjauan ini juga merangkumi kawasan latihan Land SAREX dan Water SAREX bagi SAREX LIMA`25. Dalam pada itu, satu taklimat Safety Risk Assessment (SRA) telah disampaikan oleh Ground Safety Team, Mej Zeti Haryani Binti Ismail TUDM daripada MTU-Inspektorat yang boleh dijadikan panduan atau rujukan oleh agensi lain bagaimana TUDM menetapkan satu standard bagi menangani kemalangan yang berlaku dengan penuh efisien. Turut hadir dalam tinjauan ini ialah Pengarah Eksesais Bersama TUDM, Lt Kol Bahaizil Nazim bin Mohd Bakar TUDM dan Pengarah Eksesais Bersama CAAM, Encik Muhammad Nazri bin Nayan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer