TAKLIMAT PROGRAM WORK BASED LEARNING 2.0 (WBL 2.0) KE PANGKALAN UDARA SUBANG

WhatsApp Image 2024 12 18 at 113226 WhatsApp Image 2024 12 18 at 113228 1 WhatsApp Image 2024 12 18 at 113227
WhatsApp Image 2024 12 18 at 113227 1 WhatsApp Image 2024 12 18 at 113227 2 WhatsApp Image 2024 12 18 at 113228

 

SUBANG, 17 Dis 24 - Markas Tentera Udara - Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah menganjurkan Jelajah Pangkalan TUDM bagi sesi taklimat Program WBL 2.0 ke Pangkalan Udara Subang. Program WBL 2.0 merupakan program yang diaspirasikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan bagi mengiktiraf pegawai & anggota LLP ATM secara pensijilan akademik melalui kerjasama strategik di antara ATM dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan nilai kebolehpasaran anggota dengan pemilikan kelulusan akademik lebih tinggi bagi mendapatkan kerjaya kedua setelah menamatkan perkhidmatan kelak. Selain itu, meningkatkan kemahiran kognitif, fungsi kerja, personel, etika dan profesional serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Program ini juga untuk meningkatkan kelulusan akademik menerusi pemetaan pengalaman kerjaya dengan menukarkan pengalaman ketenteraan kepada jam kredit akademik.

Sesi taklimat program tersebut telah disampaikan oleh Mej Mohammad Nizam bin Abdul Rahim TUDM, Pemangku PS 1 Penyelidikan sebagai pendedahan kepada semua peringkat TUDM. Keutamaan kepada anggota LLP yang telah berkhidmat 10 tahun dan ke atas sebagai peluang untuk mendapatkan pemilikan kelulusan akademik lebih tinggi yang dinilai dan diperakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di universiti-universiti ditawarkan di dalam Malaysia.

Program tersebut telah dihadiri seramai 305 anggota PU Subang dan unit lojer. Semoga program seperti ini dapat mencapai objektif yang telah dirancang dan akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer