KUANTAN, 7 Apr 23 – INSPRA telah mengadakan Taklimat Mencegah Kebakaran dan Tips Selamat Pulang Berhari Raya serta Latihan Kebakaran yang bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat, INSPRA bagi menekankan aspek mencegah kebakaran dalam kehidupan seharian serta tips selamat sebelum pulang berhari raya. Selain itu, situasi kebakaran dalam latihan ini adalah berlaku suatu kebakaran di salah sebuah stor dalam kawasan berbahaya di INSPRA dan menyebabkan kemalangan terhadap 2 x anggota. Unit yang memainkan peranan penting dalam latihan kali ini ialah Cawangan Bomba, Skn 213 HANDAU dan 815 RSAT.
Turut hadir menilai latihan ini ialah Pemangku Komandan INSPRA Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM, Pegawai Keselamatan Pangkalan Mej Mohd Fazley bin Arshad TUDM, dan Ketua Cawangan Bomba, Mej Azmi bin Abdul Khahar TUDM. Bagi melaksanakan amanat yang telah disampaikan oleh YBhg Panglima Tentera Udara di dalam Tonggak Pertama Perintah Ulung PTU iaitu pemantapan keupayaan dan kesiagaan TUDM, objektif latihan pada kali ini adalah untuk menilai kesiapsiagaan unit jika berlaku kejadian kebakaran sebenar. Latihan ini juga dapat menguji kemampuan unit-unit yang terlibat dalam melaksanakan tugasan kecemasan dengan cepat dan selamat.