MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ATLET DAN MAJLIS BERBUKA PUASA PUSAT EKUSTERIAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

SENDAYAN, 7 Apr 23 – Pengerusi Ekuestrian ATM, Brig Jen Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat anggota LLP MAFEC yang bertempat di Arena Ekuestrian, Pangkalan Udara Sendayan. Majlis ini turut disaksikan oleh Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM dan Pengarah Belanjawan, Kol Omar Zai bin Abas TUDM.

Upacara majlis pemakaian pangkat pada hari ini telah meyaksikan kenaikan pangkat kepada tiga (3) anggota LLP dari MAFEC iaitu LU I Muhammad Luqman Al Hakim bin Mahadzir, LU I Muhammad Syahir Hakimi bin Rahman dan LU I Syed Muhamad Naufal bin Syed Sulaiman. Mereka telah dinaikkan pangkat Laskar Udara Kanan berkuat kuasa dari 5 Nov 22. Majlis kenaikan pangkat ini juga telah disempurnakan secara mengikut tradisi Persatuan Ekuestrian ATM (MAFEC) iaitu perbarisan sambilan menunggang kuda. Sekalung tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga anggota. Semoga dengan kenaikan pangkat ini, akan menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus berkhidmat dan meneruskan prestasi kecemerlangan sukan ekuestrian ATM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Seterusnya, bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, MAFEC juga turut mengambil peluang menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Pengerusi, Ahli Jawatankuasa, atlet-atlet bersama ahli keluarga mereka di perkarangan arena berbumbung. MAFEC turut mengadakan bacaan tahlil secara ringkas untuk bekas atlet MAFEC yang telah kembali ke rahmatullah iaitu Allahyarham Kpl Wan Hasmadi bin Wan Hassan pada 1 Ramadhan @ 23 Mac 2023. Cenderahati juga turut disampaikan oleh MAFEC sebagai tanda penghargaan kepada empat (4) orang atlet yang akan bersara iaitu Sjn U Abdul Rahim bin Ab Khalid, Sjn U Mohammad Saifullah bin Saad, Sjn U Mohamad Suhaimy bin Sulaiman dan Kpl U Mohd Alif bin Zainal. MAFEC ingin mengucapkan selamat bersara dan selamat menempuh ke alam yang baru.

 

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer