TAHNIAH MEJ FAIZAL BIN MD NOR TUDM

1 2

 

KUALA LUMPUR, 24 Feb 2021 – Hari ini menjadi hari bersejarah kepada seorang pegawai MTU - Materiel, Kapt Faizal bin Md Nor TUDM yang dinaikkan pangkat ke pangkat Pemangku Mejar TUDM mulai 4 Jan 2021. Pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh AKS Materiel, Brig Jen Zainal bin Abdul Manaf TUDM ini dan turut disaksikan oleh Pengarah Materiel, Pengarah Belanjawan dan Pegawai-Pegawai Kanan MTU-Materiel.

AKS Materiel dalam pada itu turut menemui anggota yang hadir serta menegaskan agar semua peringkat warga MTU – Materiel dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam menggalas amanah dan tanggungjawab yang telah diberi. Beliau juga menyeru dan mengingatkan supaya pegawai dan anggota turut sama menyokong dan mengambil suntikan vaksin, bagi meningkatkan daya ketahanan badan atau imunisasi antibodi tubuh untuk melindungi diri daripada jangkitan virus COVID-19.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer