WP LABUAN, 23 Feb 21 – Perasmian SAREX Wilayah Udara 2 Siri 1/2021 telah diadakan di Markas Wilayah Udara 2. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim TUDM dengan disaksikan oleh Ketua Staf MAWILUD 2, Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM serta wakil-wakil Pegawai daripada Markas ATB 2, MPOU, PU Labuan dan PU Kuching secara sidang video.
SAREX ini merupakan yang pertama kalinya diadakan di Pantai Timur Sabah iaitu di Detasmen Lahad Datu (DLD) yang mana bertujuan untuk menilai dan mengukur tahap kecekapan pegawai (juruterbang) dan anggota TUDM dalam melaksanakan Misi Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue Operation). SAREX Wilayah Udara 2 Siri 1/2021 akan bermula pada 1 Mac 21 dan berakhir pada 5 Mac 21.