KUANTAN, 8 Sep 21 - Timbalan Asisten Ketua Staf J3, Laksamana Pertama Shaiful Nizam bin Abdul Manan telah menyampaikan sumbangan khas secara one-off dari tabung kebajikan TUDM kepada anggota TUDM yang bertugas di Markas Angkatan Bersama (MAB) dan mempunyai anak OKU.
Penyerahan sumbangan kepada Sarjan Udara Kamarul Azizul bin Mat Zin adalah kerana anak beliau menghidap penyakit Global Developmental Delay. Sumbangan ini adalah susulan isu COVID-19 yang melanda negara disamping bertujuan untuk memberikan sokongan moral kepada penjaga anak OKU.