‘SQUID GAME’ DI DALAM PROFESIONAL DEVELOPMENT PROGRAM (PDP) BAGI KURSUS STC 35/21

WhatsApp Image 2021 11 08 at 124034 PM WhatsApp Image 2021 11 08 at 124034 PM 1 WhatsApp Image 2021 11 08 at 124035 PM 1 WhatsApp Image 2021 11 08 at 124036 PM 2
WhatsApp Image 2021 11 08 at 124036 PM 1 WhatsApp Image 2021 11 08 at 124037 PM WhatsApp Image 2021 11 08 at 124037 PM 2 WhatsApp Image 2021 11 08 at 124037 PM 1

 

SENDAYAN, 1 Nov 21 – Penuntut Kursus Senior Trainer Course (STC) Siri 35/21 dari Institut Pengurusan dan Kepimpinan (INSKEP) telah menganjurkan Profesional Development Program (PDP) bertempat di Perkampungan Survival Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara. Program yang berkonsepkan ‘Squid Game’ yang menjadi viral dan trend di seluruh dunia pada masa kini telah berjaya dilaksanakan melibatkan staf INSKEP, penuntut Squadron Officer Course (SOC) Siri 95/21 dan penuntut Senior Trainer Course Siri 35/21.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menilai keupayaan penuntut kursus STC 35/21 dalam menganjurkan program mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pelaksanaan program ini juga adalah sebagai satu manifestasi terhadap peranan dan tugas penuntut-penuntut kursus ini apabila kembali ke unit-unit latihan sebagai Senior Trainer.

Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nasruddin bin Khalid TUDM yang telah menyempurnakan upacara penutup program ini dalam ucapannya berkata,“Tahniah, pelaksanaan program ini telah mencapai tahap yang telah ditetapkan dan saya amat berharap agar semua penuntut kursus dapat mengaplikasikan segala pembelajaran yang diperolehi di dalam kursus ini di unit-unit kelak dalam memastikan aspek pelajaran yang ditetapkan oleh TUDM iaitu Knowlege, Skill dan Attitude tercapai’, katanya.